Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1)Menangis kerana kasih sayang,kelembutan hati.
2)Menangis kerana rasa takut.
3)Menangis kerana cinta.
4)Menangis kerana gembira.
5)Menangis kerana menghadapi
penderitaan.
6)Menangis kerana terlalu sedih.
7)Menangis kerana terasa hina dan
lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas
kasihan orang.
9)Menangis keranamengikut-ikutorang menangis.
10)Menangis orang munafik
pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi,
Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab
tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
ata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
ata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada
tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul
dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di
tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan
dapat memadamkan api Neraka ?
"Rasulullah
saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan
mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi
maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada
suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun
yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s ?
Beliau
menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan
hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air
matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah
meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi
Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih
lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut ?
Air mata yang tiada di tuntut ?
§ Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.
§ Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
§ Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
§ Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.
§ Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.
§ Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki
itu adalah pemberian Tuhan.
Oleh karenya itu??..
Oleh karenya itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda ?
"Ada
2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam
hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi
sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika
tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah
dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw
dan para sahabat-sahabat.
2)
Ketakutan seorang yang perkasa
tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3)
Aku tidak tahu samada aku akan
di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan ?
Rasulullah
saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2)
Airmatanya berlinang.
3)
Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah
4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
0 komentar:
Posting Komentar