Hadiah Dari Ibu Tercinta
Pengalaman Salih Al Mazi.............
Pada
suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk
mengerjakan solat subuh.Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu
subuh dan melalui sebuah pekuburan.Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca
apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh
masih lama lagi.Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur
keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk
dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.Al Mazy ternampak
seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan
ahli-ahli kubur yang lain.Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah
murung, gelisah kerana sedih.
Tidak
berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan
saputangan. seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.Malaikat mendatangi para
ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam
dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam
seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri
tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya.
Tapi
sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan
keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat
engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?" tanya pemuda itu.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?" tanya pemuda itu.
"Ya
aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy
lagi.
Si
pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih
hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,
bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang
setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan
tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya
dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah kawin dengan
suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah
meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.Maka
sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang
lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan
cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan
keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.Kemudian Al Maizy terjaga.
Pada sebelah paginya Al Maizy terus
pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.Setelah mencari kesana kemari
beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al
maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata
:"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia
keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan
ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al
Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan karena tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut.
Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa uang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil uang ini dan
sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya
untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil uang itu
disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham
itu yang tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada
suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik
untuk solat jamaah.Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan.
Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari
kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar
bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan
sangat gembira.Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu."
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu."
"Hadiah dari ibuku telah ku
terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui
hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya ?"
"Jika burung-burung di udara
berkicau dan berkata "Selamat,selamat pada hari yang baik ini, ya’ni hari
Jumaat."Salih
Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa
gembira karena sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan
doa dari ibunya.
0 komentar:
Posting Komentar