Berkata Kejujuran
Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya
merantau ke Baghdad
untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir
meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian menempuh jarak yang
begitu jauh. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam
apa jua keadaan. Ibunya membekalkan uang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian
Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu
rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka diserang oleh 60 orang penyamun. Habislah harta rombongan tersebut dirampas, tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya kepada Abdul Kadir apa yang dia punyai. Abdul Kadir menerangkan dia ada uang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu terheran heran dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada uang sebagaimana yang ia diberitahu.
Ketua penyamun bertanya mengapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui uangnya akan dirampas ?. Abdul Kadir menerangkan bahwa dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak berkata bohong walau apa pun yang terjadi. Ketika mendengarnya berkata demikian, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.
"Berkata benar adalah satu kekuatan yang bisa memberi keinsyafan kepada orang lain…"
- nessyams-

0 komentar:
Posting Komentar